Lebih 12.9 Juta Guna Perkhidmatan Online LHDNM

Zaman ini teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Ia menguasai hampir setiap aktiviti kehidupan masa kini.

Hampir setiap jam, minit dan saat manusia menggunakan teknologi yang mengawal segala-galanya di hujung jari kita.

Penggunaan ICT telah mendatangkan banyak kebaikan dalam semua sektor perkhidmatan termasuk dalam pentadbiran sesebuah negara.



Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang bertanggungjawab dalam urusan kutipan cukai negara antara agensi kerajaan yang mementingkan aspek ICT.

Bukan sahaja bertujuan melancarkan urusannya mengutip cukai, malah memudahkan para pembayar cukai menunaikan kewajipan mereka.

Pada Mac lalu LHDNM melancarkan tiga produk baharu iaitu Hasil Identity, Hasil Cloud System (HCS) dan Sistem Pelaporan Cukai Pendapatan Malaysia (MITRS).

Ia dalam usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan meningkatkan kecekapan pengurusannya.



Hasil Identity adalah inisiatif meningkatkan keupayaan pengurusan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) LHDN iaitu dari segi pengurusan identiti dan kawalan akses

HCS pula awan dalaman untuk kegunaan perumah (hosting) sistem dan aplikasi LHDN bagi meningkatkan kebolehupayaan merealisasikan infrastruktur pengkomputeran awan mampan seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas.

MITRS adalah platform digital untuk menggalakkan pembayar cukai membuat penghantaran maklumat helaian kerja percukaian secara digital.

Sekaligus mengurangkan kos pematuhan kepada pembayar cukai dan menjimatkan masa penghantaran melalui platform digital yang disediakan.



Malaysia sememangnya beruntung kerana mempunyai sebuah agensi kutipan cukai negara yang cakna dan “up to date” dengan perkembangan teknologi.

Secara umum terdapat kira-kira 15 perkhidmatan secara dalam talian (online) utama LHDNM untuk memudahkan urusan orang ramai.

Bagi tahun ini sahaja iaitu dari Januari hingga Ogos lalu perkhidmatan online LHDNM telah dilayari atau digunakan sebanyak 12,956,811 kali.



Kemudahan e-Filing (4,848,723), ByrHASiL FPX (1,564,646), ByrHASiL Kad Kredit (62,452), (e-Daftar Individu) 72,285 dan e-Daftar Syarikat (7,766).

E-Daftar Majikan (16,555), e-Daftar Perkongsian (1,655), e-Daftar PLT (707), e-Data PCB (212,394), e-PCB (688,502) dan e-SPC (15,862)

Manakala e-Kemaskini (32,944), STAMPS (3068946), e-Lejar (539,909) dan MyTax (1,823,465).

Statistik ini jelas membuktikan betapa inisiatif ICT LHDNM menerima sambutan baik anggota masyarakat dan seharusnya kemampuannya dipertingkatkan dari semasa ke semasa.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker