Majlis Syura nafi terlibat dengan keputusan pecat Khairuddin – Murshidul Am PAS

Pemecatan Khairudin Aman Razali selaku ahli jawatankuasa (AJK) PAS pusat tiada kaitan dengan Majlis Syura Ulama, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Bagaimanapun katanya, ahli parlimen Kuala Nerus masih kekal sebagai ahli Majlis Syura dan pemecatannya juga tiada kaitan dengan Muafakat Nasional (MN).

“Itu saya tak boleh nak bagi jawapan (alasan pemecatan) sebab pihak presiden yang membawa kepada jawatankuasa pusat untuk memecatnya.

“Jadi, dia tak ada kena mengena dengan Majlis Syura.

“Jadi, oleh kerana penjelasan dibuat oleh presiden bahawa (ia melibatkan) disiplin parti maka presiden punya hujah dia dan dia sendiri pun tidak menjelaskan. Ini perkara biasa dalam mana-mana organisasi,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata sebahagian besar daripada akar umbi parti itu berpuas hati isu dengan pengguguran Khairuddin sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Saya mendapat maklumat daripada akar umbi (bahawa) 99.9 peratus berpuas hati (setuju dengan pengguguran itu),” katanya yang dipetik portal Berita Harian selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila di Marang.

Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh

Hadi juga dilaporkan berkata pengguguran Mohd Khairuddin berkaitan masalah disiplin dan tidak perlu diperjelaskan kepada umum apabila ditanya jika ia berkaitan dengan MN.

“(Apa yang berlaku), itu disiplin perkara dalaman parti untuk ahli-ahli parti sahaja,” katanya sambil menambah tindakan diambil itu hasil persetujuan jawatankuasa disiplin.

Dalam pada itu, Hashim berkata presiden parti berhak untuk tidak memberi penjelasan mengenai pemecatan bekas menteri itu daripada jawatankuasa PAS pusat.

“Itu (pemecatan) tidak ada kena mengena dengan MN atau benda-benda lain.

“Tak perlu (jelaskan). Dia perlu hurai kepada jawatankuasa. Khairuddin juga dimaklumkan atas alasan apa dia dipecat,” katanya.

Majlis Syura nafi terlibat dengan keputusan pecat Khairuddin – Murshidul Am PAS

Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker