Resepi Semur Daging Salai Memang Sedap

Resepi Semur Daging Salai Memang Sedap

Masakan semur ini berasal dari masakan orang Jawa.

Bagaimanapun, zaman telah berubah cara memasak juga makin berubah. Orang suka masakan yang lebih mudah,cepat tetapi sedap. Dalam memelihara masakan warisan keluarga, kita mula mencari kaedah yang lebih mudah. Agar masakan ini walaupun dimasak dengan lebih cepat tapi masih dapat memelihara ketulenan rasanya.

Kali ini, kita guna daging salai. Daging salai lazimnya diasapkan diatas bara yang menghasilkan aroma yang unik hasil bakaran api kayu. Tujuannya agar tahan lebih lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan utama

½ kg daging salai (hiris nipis)
2 biji kentang dipotong baji dan digoreng
1 labu bawang besar dibelah 4

Bahan-bahan kisar

5 senduk cili kering yang dikisar.
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 sudu besar jintan halus
1sudu besar jintan kasar
1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

2 labu bawang besar dipotong baji
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji ketumbar
Kicap manis secukup hitam
Sekeping asam keping saiz besar.

Kaedah

Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. tambahkan asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
Masukkan bawang yang telah dibelah 4. Kemudian masukkan daging salai yang telah dihiris nipis tadi.Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra.
Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.

Masakan semur daging bagaimanapun lazimnya menggunakan daging mentah,namun untuk kelaianan kita mencuba dengan daging salai. Hasilnya memang mengejutkan kerana ternyata ia lebih sedap. Anda harus mencuba resepi ini.

Anda juga boleh juga menggunakan ayam sebagai ganti daging.

Resepi Semur Daging Salai Memang Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker