Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri

Sebaran :

Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri seluruh negara, bermula tengah malam ini.

Bagaimanapun, sekatan jalan raya di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Op Benteng serta cegah jenayah dan keselamatan dikekalkan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penutupan sekatan jalan di sempadan negeri adalah susulan pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri bermula esok.

“Meskipun tiada sekatan jalan raya di sempadan negeri, PDRM akan tetap menggerakkan Pasukan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP.

“Pemeriksaan ini akan dijalankan pihak berkuasa secara rawak di lokasi tumpuan umum, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran PDRM.

Pada masa sama, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran perjalanan rentas negeri yang diberikan.

Acryl Sani berkata, masyarakat dinasihat tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang diberikan dan sentiasa mematuhi SOP demi mengelakkan wabak COVID-19 kembali meningkat. BH

Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun


Sebaran :

Leave a Reply