Tular Audio Pemimpin Pas Didakwa Pertikai Hadi Awang

Tular Audio Pemimpin Pas Didakwa Pertikai Hadi Awang

Audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tular di media sosial semalam.

Rakaman audio itu didedahkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ahmad Rizqi Khairuddin.

Menerusi hantaran di media sosial tersebut, individu yang menggunakan nama Ahmad Rizqi itu memberi amaran akan terus mendedahkan audio pemimpin Pas itu.

Rakaman audio itu antara lain mendedahkan, pemimpin Pas yang dinamakan Dr T itu mendakwa, Abdul Hadi percaya bahawa Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).

“Tok Guru ini berpegang pada pandangan survey (kaji selidik) yang menunjukkan PN naik, BN turun. Tetapi, dia kata, kita kena raikan juga, UMNO masih ada akar umbi.

“Ayat itu Tok Guru ulang selalu. Ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” menurut audio yang didakwa suara pemimpin Pas itu.

Pendedahan audio ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan pimpinan Pas yang akan diadakan November ini.

Pada 2019, Pas bersama UMNO membentuk satu kerjasama yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).

Ketika berlaku krisis politik negara pada 2020, Pas bersama BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain, membentuk kerajaan.

Gabungan baru ini akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai Perikatan Nasional dan Pas menyertai gabungan ini secara rasmi biarpun UMNO dan BN tidak bersama.-Awani

Tular Audio Pemimpin Pas Didakwa Pertikai Hadi Awang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker