Waspada helah scam pelaburan wakaf

Sebaran :

Waspada helah scam pelaburan wakaf

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terjebak dengan helah scam pelaburan berkaitan wakaf kerana hanya Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Profesor Madya Dr Amir Shaharuddin berkata, Majlis Agama Islam Negeri adalah penjaga amanah utama tersebut dan seterusnya pihak Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan perbadanan yang diwujudkan dan diberi status ‘mutawalli’.

“Masyarakat perlu meneliti secara mendalam ke manakah wakaf itu disalurkan. Dalam konteks wakaf ini yang paling utama adalah pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf iaitu Majlis Agama Islam Negeri dan seterusnya Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan perbadanan diberi status ‘mutawalli’.



“Oleh itu, pelabur perlu mencari entiti wakaf yang ada kuasa. Kita yang menguruskan wakaf pula kena bijak kerana banyak yang mendakwa nak buat wakaf tetapi tidak dipantau atau dikawal selia dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi panel InvestSmart Fest 2021 (ISF 2021) bertajuk ‘Manfaat Pelaburan Patuh Syariah’ anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) secara maya di sini pada Jumaat.

Mengulas syarikat pengurusan unit amanah bercirikan elemen wakaf seperti Kenanga Investor Bhd dan Maybank Investment Bhd, beliau berkata keuntungan dividen tersebut diagihkan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.

“Apabila mereka ini kumpul RM10 juta dari para pelabur, ia akan dilaburkan secara profesional. Jika dapat dividen 10 peratus maka pelabur dapat keuntungan RM1 juta dan jumlah itu diagihkan mengikut perjanjian iaitu 50 peratus diagihkan semula kepada pelabur manakala bakinya diwakafkan.



“Pelabur tidak hilang semua duit dividen kerana separuh lagi diwakafkan kepada Yayasan Waqaf Malaysia atau Majlis Agama Islam Negeri. Jika syarikat tersebut bekerjasama dengan yayasan, kami akan menerima RM500,000 sebagai wakaf oleh pelabur dan duit wakaf ini disalurkan ke projek yang diusahakan,” katanya. Sinar

Waspada helah scam pelaburan wakaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim


Sebaran :

Leave a Reply