Jangan Khuatir Beli Kereta, Rumah Secara Tunai

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan.

Persoalannya mengapa perlu bimbang untuk beli apa sahaja aset secara tunai jika anda membelinya menggunakan wang yang diperoleh secara sah.

Anda malah tidak sepatutnya berasa khuatir jika telah melaporkan wang yang anda peroleh sama ada dalam bentuk keuntungan perniagaan atau apa sekali pun kepada LHDNM.

Namun anda perlu berasa bimbang jika membeli aset secara tunai dari sumber haram atau tidak pernah melaporkan pendapatan yang anda peroleh selama ini.

Itu mesej yang dijelaskan oleh pegawai kanan LHDNM, Wan Mustafa Husin mengenai perkara itu dalam satu wawancara yang disiarkan secara langsung di media sosial semalam.

“Jika tidak buat apa-apa kesalahan maka tidak salah beli (aset) secara tunai janji boleh buktikan dari mana wang itu diperoleh.

“Kita patut risau membuat pembelian tunai, tetapi tidak melaporkan pendapatan atau wang yang kita peroleh kepada LHDNM,” katanya.

Wan Mustafa berkata, ramai individu menjalankan perniagaan dan memperoleh keuntuangan maka tidak mustahil mampu beli kereta atau rumah secara tunai.

Justeru, katanya, untuk mengelak sebarang masalah orang ramai dinasihati melaporkan keuntungan pendapatan mereka kepada LHDNM.

“Kerana apa saja urusan atau pembelian pasti akan direkod dalam sistem yang boleh diakses oleh LHDN,” katanya.

Berdasarkan penjelasan itu dapatlah dirumuskan memang benar berkemungkinan besar anda akan dicari oleh LHDNM jika membeli aset secara tunai.

Tetapi hanya jika pembelian itu menimbulkan keraguan daripada mana wang itu diperoleh.

Maka tidak perlu khuatir jika anda menggunakan wang yang diperoleh secara sah dan telah pun menyatakannya kepada LHDNM.

Seperti kata Wan Mustafa, LHDNM cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai salah satu agensi dibawah Kementerian kewangan.

Tanggungjawab untuk memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Justeru, jangan ambil mudah urusan percukaian jika tidak mahu dikenakan tindakan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beberapa jenis kesalahan utama membabitkan urusan percukaian yang dianggap sebagai serius oleh kerajaan adalah:

Mengelakkan diri daripada dikenakan cukai dan mengemukakan pendapatan perbelanjaan tidak tepat atau salah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker