Nitazene 1,000 kali ganda lebih kuat dari morfin ‘hantui’ UK

Nitazene 1,000 kali ganda lebih kuat dari morfin ‘hantui’ UK

LONDON: Opioid berkekuatan tinggi yang dihasilkan di makmal haram Cina dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 54 kes kematian di United Kingdom (UK) sejak enam bulan lalu.

Lapor Daily Mail, dadah jenis nitazene yang diseludup masuk ke Britain melalui laluan sindiket jenayah, dicampurkan ke dalam heroin disebabkan ia murah dan ketagihan.

“Kadangkala ia dijual sebagai pil oksikodon atau serbuk Xanax.

“Oleh itu, penagih tidak sedar mereka mengambil bahan tersebut yang boleh menjadi 40 kali ganda lebih kuat berbanding fentanyl dan 1,000 kali ganda lebih kuat daripada morfin,” jelas laporan.

Menurut polis, nitazene mula didapati di UK sejak setahun lalu.

Kes kematian dikaitkan dengan nitazene yang meningkat secara mendadak pada musim panas ini, mencetuskan kebimbangan di seluruh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan perkhidmatan perubatan.

Data dikongsikan oleh Agensi Siasatan Jenayah Kebangsaan (NCA) menunjukkan 17 atau 31 peratus daripada 54 kes kematian berkaitan nitazene yang dicatatkan sejak Jun lalu direkodkan di West Midlands.

Timur England dan Scotland melaporkan sembilan kes kematian berkaitan nitazene antara 1 Jun dan 7 Disember.

Tenggara England pula merekodkan sebanyak enam kes kematian dikaitkan dengan nitazene.

Namun, tiada kes kematian dilaporkan di Ireland Utara, Wales atau Timur Laut England.

Bagaimanapun, ketua polis memberi amaran jumlah sebenar kes kematian berkaitan nitazene di seluruh negara mungkin jauh lebih tinggi memandangkan 40 lagi kes masih belum melalui ujian lanjut.

Dadah itu mula dikesan di UK selepas polis menemukan sampel serbuk putih di belakang sebuah teksi di Wakefield pada April 2021. BH

Nitazene 1,000 kali ganda lebih kuat dari morfin ‘hantui’ UK

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker