Selalu Kerap Peluk Anak Jika Mahukan Dia Sihat, Kuat Dan Bijak
Selalu Kerap Peluk Anak Jika Mahukan Dia Sihat, Kuat Dan Bijak
KANAK-kanak mana yang tidak mudah menangis, buat perangai dan ada kala memeningkan kepala ibu dah bapa.
Menangis ibarat meluahkan emosi mereka kepada ibu dan bapa. Namun peluklah anak kerana itulah kuasa meredakan hati anak yang gundah.
Pelukan ini besar kuasanya jika ibu bapa pandai menggunakannya di waktu-waktu tertentu.
Tidak ada anak yang tidak suka dipeluk.
Bahkan banyak kajian telah dibuat berkaitan kuasa peluk (hug power) ini. Anak yang kerap dipeluk akan lebih sihat dan cantik tumbesaran fizikal, mental dan emosinya.
Ini antara manfaat kita kerap peluk anak :
1. Anak makin bijak
Anak yang dipeluk sekurangnya 20 minit sehari akan menghasilkan ‘brain growth hormone’ dengan banyak. Makin berkembang pesat otaknya nanti.
2. Lima deria makin berkembang
Antara lima deria utama iaitu sentuh, dengar, lihat, rasa dan bau, deria sentuh adalah kunci kepada segala-galanya. Dari sentuhan, empat deria lain boleh berkembang pesat.
3. Fizikal, mental dan emosi lebih sihat
Tahu tidak setiap pelukan ibu bapa itu dapat buat hormon oxytocin menjadi banyak. Anak akan rasa bahagia, selamat dan tenang serentak. Baru la kurang anak mengamuk-ngamuk nanti.
4. Badan menjadi semakin tinggi, kuat dan sihat
Hah! Kalau mahukan anak tinggi, kuat dan sihat, peluk dia selalu. Ini kerana oxytocin juga membantu perkembangan fizikal anak kita. Bergantung kepada genetik ibu bapa juga ya.
5. Boleh tenangkan anak yang ‘tantrum’
Kalau anak ‘tantrum’ teruk sangat, peluk dia. Emosi anak yang bergelora tadi boleh menjadi tenang dengan cepat. Syaratnya, yang mahu memeluk itu perlu menjadi dahulu. Emosi boleh berjangkit tau!
Apabila kita tenang, barulah anak akan tenang.
6. Anak lebih tahan lasak
Ini sahih, anak yang kerap dipeluk lebih tahan lasak dengan masalah dan cabaran berbanding yang jarang dipeluk. Mereka tidak cepat tertekan dan susah mengalami kemurungan.
7. Silaturrahim anak-beranak kuat
Manfaat sebenarnya adalah apabila silaturrahim kita anak-beranak kuat dan utuh. Masa ini datanglah cabaran dan dugaan besar mana pun, kita tidak akan gentar.
Sentiasa percaya dan sayang antara satu sama lain. Susah untuk buruk sangka dan tidak ada yang dapat meracuni fikiran kita untuk ragu-ragu dengan kemampuan anak sendiri.
Kita harus usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itulah paling kurang jika kita mahu anak sihat, kuat dan bijak.
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Selalu Kerap Peluk Anak Jika Mahukan Dia Sihat, Kuat Dan Bijak
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU