PAS belum putuskan formula santuni Umno dan Bersatu di Melaka
PAS belum putuskan formula santuni Umno dan Bersatu di Melaka
PAS masih belum menetapkan kedudukan sebenar mereka jika parti itu berdepan dengan pilihan di antara Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka kalau ia berlangsung tidak lama lagi.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana perbincangan mengenainya masih berjalan.
“Kami nak lihat pendirian muafakat ummah yang PAS bawa (sama ada) diterima atau sebaliknya,” katanya.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu memberi respon ringkas ketika ditanya adakah PAS bersedia menggunakan formula menyokong calon parti penyandang di mana-mana kerusi yang dipertandingkan di Melaka.
Ia menjadi perhatian kerana kedudukan PAS sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menandatangani piagam secara rasmi dengan Umno untuk membentuk Muafakat Nasional.
Keadaan boleh menjadi rumit kerana boleh dikatakan semua kerusi yang ditandingi Umno pada PRU ke-14 lalu juga mempunyai calon dari Bersatu.
Hubungan Umno dan Bersatu pula buat masa ini adalah tegang.
Bagaimanapun untuk rekod tidak dapat dipastikan sama ada “muafakat ummah” yang dimaksudkan Tuan Ibrahim itu merujuk kepada konsep penyatuan ummah yang dibawa PAS bagi mempertautkan Umno dan Bersatu.
Permintaan lanjut Malaysiakini untuk mendapatkan penjelasan “muafakat ummah” itu tidak mendapat reaksi daripada Tuan Ibrahim setakat ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara mengejut pada 4 Okt lalu selepas ketua menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti untuk meneruskan pentadbiran.
Ia berlaku apabila empat Adun yang sebelum ini berada dalam kerajaan menarik sokongan daripada Sulaiman.
Sebagai rekod setakat ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid sudah memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga menteri air dan alam sekitar berkata, buat masa ini PAS memberi tumpuan untuk memperkukuh jentera parti.
“Buat masa ini kita perkukuhkan jentera parti di semua peringkat,” katanya. Mk
PAS belum putuskan formula santuni Umno dan Bersatu di Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111
- Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq
- Pandora Papers, ini apa kata Najib
- Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama
- Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi
- Sesungguhnya azab neraka itu pedih tak terperi – Netizen
- Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV
- Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan
- Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup
- Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen
- Resepi Kari Tulang Rebung, Sedap Betul Lauk Ni
Layari Laman Facebook MYKMU
Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika
PAS tak perlu pening kepala sebenarnya. PAS tak payah bertanding dalam PRN Melaka dan cuba bersifat berkecuali.Hanya lihat sahaja apa yang berlaku antara Bersatu/PN dan UMNO/BN dalam PRN kali ini.