DBKL batal lesen penjaja guna khidmat warga asing

Anggota penguatkuasa DBKL merampas barangan penjaja yang didapati melanggar syarat ditetapkan. Foto ihsan Facebook DBKL.

KUALA LUMPUR – Lima penjaja tempatan yang dikesan membenarkan warga asing mengendalikan operasi perniagaan mereka dikenakan tindakan pembatalan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi kenyataan melalui kemaskini di Facebook pada Khamis, DBKL memaklumkan, tindakan khas itu dilaksanakan ke atas penjaja makanan dan minuman di sekitar kawasan Setapak susulan aduan yang diterima pihaknya.

Kenyataan itu turut memberitahu, sebanyak 13 tindakan sita dan pindah dilaksanakan melibatkan barangan penjaja termasuk khemah, kerusi dan meja.

“Tindakan ini diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan, Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016,” kata kenyataan itu.

DBKL juga menyebut, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang DBKL selain pemantauan dan tindakan diteruskan dari masa ke masa.

DBKL batal lesen penjaja guna khidmat warga asing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


DAP Dalang Keruntuhan Kerajaan Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker