Tiada pembangkang ketika usul bahas laporan ketua audit, boikotkah?
Tiada pembangkang ketika usul bahas laporan ketua audit, boikotkah?
Tiada pembangkang kelihatan di Dewan Rakyat ketika blok pemerintah membentangkan usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.
Timbalan Speaker Alice Lau menulis di Twitter bahawa wakil rakyat pembangkang tiada di Dewan Rakyat. Kerusi di blok mereka kelihatan kosong setakat 3 petang tadi.
Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) membantah Dewan Rakyat membahaskan LKAN 2021, atas alasan membahaskan laporan itu bertentangan dengan Perkara 107(1) Perlembagaan, yang menyatakan ia hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Laporan itu dipercayai audit bagi tahun yang mana darurat diisytiharkan ketika wabak Covid-19 melanda. Ia diisytiharkan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 selepas Dewan Rakyat selesai berehat.
Ditanya mengenai ketiadaan wakil rakyat PN, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin menjelaskan pembangkang tidak perlu menyertai perbahasan usul itu kerana mereka telah bersetuju dengan kandungannya.
Ahli Parlimen Jerantut itu berkata PN bersetuju dengan kenyataan Ketua Whip Takiyuddin Hassan supaya semua pihak menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor terkandung dalam laporan itu diambil tindakan.
“Ini bukan boikot tetapi isunya sekarang ini kita telah setuju,” katanya kepada FMT. “Banyak lagi rang undang-undang dan usul dibawa Ahli Parlimen, mengapa tidak dibahaskan?”
Beliau berkata sewajarnya dapatan LKAN 2021 dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu, yang dianggotai wakil rakyat pembangkang dan pemerintah.
“PAC berhak memanggil siapa sahaja untuk mendapatkan jawapan jelas. Kemudiannya perkara itu barulah boleh dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.
“Itu baru betul caranya bila kita semua ada cukup maklumat,” katanya.
Khairil menambah semua wakil rakyat PN tidak akan berada di dalam Dewan Rakyat sehingga usul itu habis dibahaskan.
“Mengikut aturan mesyuarat, sampai petang usul ini akan dibahaskan. Jadi kami dah buat ketetapan (setuju dengan kandungan laporan). Mengapa perlu kami berada di dalam lagi?” jelasnya. FMT
Tiada pembangkang ketika usul bahas laporan ketua audit, boikotkah?
Baca Artikel Menarik:
- Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan
- Linda Rafar pandai mengurut
- Azhar Sulaiman risau Leona jadi macam Aliff Syukri
- KJ yakin UMNO dibawah Zahid akan ‘bungkus’ dalam PRN di 6 negeri
- Annuar Musa ‘serang’ UMNO
- Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju
- Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California
- Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu
- Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu
- Menyamar polis kejar kenderaan, PDRM buru 3 lelaki
- Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul
- Netizen minta rahsia ketiak putih Yasmin Hani
- Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]
- Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai
Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]
Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu
Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara