Pakar dakwa makhluk asing tidak ganas, suka dipeluk

LONDON – Seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge di Britain menyifatkan makhluk asing mungkin sebenarnya tidak makan manusia seperti yang selalu digambarkan  dalam filem sains fiksyen, sebaliknya ia suka dipeluk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dr. Arik Kershenbaum berkata, tiada sesiapa yang tahu rupa sebenar makhluk asing kerana wataknya lazimnya dimainkan oleh manusia.

Menurut beliau, imej paling realistik tentang makhluk asing adalah mikroskopik dan sekiranya ia bersaiz besar, ia mungkin kelihatan seperti watak Tribble yang merupakan makhluk asing berbulu dalam filem Star Trek.

“Sekiranya saya perlu memilih rupa makhluk asing yang masuk akal, saya akan fikir ia kelihatan seperti Tribble,” katanya.

Kebanyakan makhluk asing yang digambarkan dalam sains fiksyen dan kisah-kisah penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) mempunyai dua mata, dua lengan dan dua kaki.

Namun, Dr. Kershenbaum berkata, makhluk asing yang mempunyai anggota badan mampu memberikan kelebihan kepadanya.

Beliau juga berkata terdapat banyak lagi reka bentuk tubuh lain yang boleh dimiliki oleh makhluk asing termasuk menyerupai cacing, ikan atau labah-labah. – AGENSI

Pakar dakwa makhluk asing tidak ganas, suka dipeluk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘The Real Tony Stark’ Gelaran Lelaki Ini Selepas Cipta Tangan Prostetik Daripada LEGO [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker