Susah Nak Lelapkan Mata Ke? Doktor Suruh Cuba Teknik ’10-3-2-1’ [VIDEO]

Susah Nak Lelapkan Mata Ke? Doktor Suruh Cuba Teknik ’10-3-2-1’ [VIDEO]

MENDAPAT tidur yang lena dan mencukupi adalah amat penting bagi setiap orang kerana ia boleh mempengaruhi keadaan mental dan fizikal seseorang.

Masalah kekurangan tidur boleh menyebabkan badan berasa lesu dan letih sekali gus mengurangkan produktiviti anda.

Namun, masih ramai yang berdepan kesukaran untuk tidur pada waktunya di malam hari walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk melelapkan mata.



Seorang doktor yang popular di TikTok kerana sering berkongsi tip kesihatan, Dr Karan Raj mencadangkan orang ramai supaya menggunakan teknik ’10 -3-2-1’ supaya dapat tidur dengan lebih cepat serta mendapatkan tidur yang lebih lena.

Melihat skrin sebelum tidur adalah salah satu punca mata sukar lelap.

Menurutnya, teknik tersebut adalah penanda waktu anda harus mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengganggu masa tidur dan kualiti tidur yang baik.

VIDEO DIBAWAH:-

@dr.karanr



Cheeky sleep hack! #sleep #bbc #lifehack #doctor #schoolwithdrkaran

♬ Night Trouble By Petit Biscuit – Tyler

Dengan hanya mengikut teknik tersebut, tubuh anda akan bersedia untuk tidur secara semulajadi pada waktu malam.

Berikut adalah teknik 10-3-2-1 menurut Dr Karan Raj:

10 jam sebelum tidur: Elakkan daripada mengambil kafein. Ini adalah masa yang diperlukan oleh badan anda untuk membersihkan kafein dari saluran darah dan menghilangkan kesan perangsangnya.



Tiga jam sebelum tidur: elakkan daripada memakan makanan berat. Ini membantu mengelakkan pedih ulu hati dan tidur terganggu. Elakkan juga daripada mengambil alkohol kerana ia dapat mengganggu tidur anda.

Dua jam sebelum tidur: Jangan lakukan apa-apa kerja. Ini membantu anda untuk mendapatkan fikiran yang tenang.

Sejam jam sebelum tidur: Elakkan daripada menonton skrin. Ini kerana, cahaya biru yang dikeluarkan dapat menghalang pengeluaran melatonin yang menyebabkan masa tidur terganggu.

Susah Nak Lelapkan Mata Ke? Doktor Suruh Cuba Teknik ’10-3-2-1’ [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker