Kajian Mendapati Perokok Punya Risiko Lebih Tinggi Masuk Hospital, Mati Akibat Covid-19

Kajian Mendapati Perokok Punya Risiko Lebih Tinggi Masuk Hospital, Mati Akibat Covid-19

SEJAK pandemik Covid-19 muncul pada tahun lalu, ramai saintis telah melakukan kajian berkaitan risiko virus tersebut terhadap perokok, memandangkan kedua-duanya dikaitkan dengan masalah saluran pernafasan.

Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax menunjukkan perokok mempunyai risiko sehingga 60 hingga 80 peratus lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 dan juga lebih cenderung mati akibat virus tersebut.



Penemuan itu adalah hasil kajian oleh para penyelidik di University of Oxford yang mengumpulkan data pemerhatian dan genetik antara perokok dan Covid-19.

Hasil kajian itu menunjukkan bahawa kecenderungan genetik bagi perokok dikaitkan dengan risiko jangkitan 45 peratus lebih tinggi dan risiko kemasukan ke hospital pula sebanyak 60 hingga 80 peratus lebih tinggi.

 



Risiko kemasukan ke hospital bagi perokok adalah 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok.

Ini menunjukkan bahawa kecenderungan genetik bagi perokok adalah lima kali ganda bagi risiko kemasukan ke hospital, dan 10 kali ganda bagi risiko kematian akibat virus Covid-19.

Para penyelidik menggunakan rekod keputusan ujian Covid-19, data kemasukan ke hospital dan sijil kematian untuk mencari hubungan antara merokok dan keparahan jangkitan Covid-19 dari Januari hingga Ogos 2020 terhadap 421,469 peserta dari UK Biobank.

Daripada jumlah itu mereka melihat data 13,446 (3.2 peratus) peserta yang mengambil ujian RT-PCR Covid-19. Daripada jumlah tersebut, 1,649 (0.4 peratus) diuji positif, dengan 968 (0.2 peratus) dimasukkan ke hospital, manakala 444 (0.1 peratus) daripadanya meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan.



Sebilangan besar peserta, iaitu seramai 59 peratus, tidak pernah merokok, manakala lebih satu pertiga (37 peratus) adalah bekas perokok, dan baki empat peratus peserta masih bergelar perokok.

Para penyelidik mendapati, berbanding dengan mereka yang tidak pernah merokok, perokok mempunyai risiko 80 peratus lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital dan mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk mati akibat Covid-19.

“Hasil kajian kami menunjukkan dengan sangat jelas bahawa merokok mempunyai kaitan dengan risiko anda mendapat Covid-19 yang teruk, sama seperti ia mempengaruhi risiko penyakit jantung, kanser, dan semua penyakit lain yang kita tahu berkaitan dengan merokok.

“Jadi, sekarang mungkin adalah masa yang terbaik untuk berhenti merokok,”

Kajian Mendapati Perokok Punya Risiko Lebih Tinggi Masuk Hospital, Mati Akibat Covid-19




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker