Suami pukul doktor sebut kulit isterinya cantik
Suami pukul doktor sebut kulit isterinya cantik
SIBERIA: Seorang lelaki di Rusia memukul seorang doktor kulit kerana menyebut kulit isterinya cantik ketika melakukan pemeriksaan.
Lapor media Rusia, RT, klinik tersebut terletak di Nizhnevartovsk, Siberia.
Selepas memeriksa pesakitnya, doktor itu memberitahu kulit wanita itu tiada masalah dan kulitnya kelihatan cantik.
Wanita itu memberitahu suaminya, Bakhiriddin Azimov mengenai ucapan Dr. Vladimir Zhirnokleev.
Azimov yang mengetahui perkara itu menjadi berang dan mengunjungi klinik tersebut.
“Saya yakin doktor itu memuji isteri saya semasa pemeriksaan yang jelas bertentangan dengan keyakinan saya.
“Sebagai doktor lakukan tugas anda seperti biasa. Memberikan pujian sudah tidak sesuai dengan tugas anda,” kata lelaki itu kepada doktor tersebut.
Lelaki itu dilaporkan menuju ke pejabat doktor itu dan memukul hidungnya.
Akibat serangan itu, Zhirnokleeb mengalami kecederaan di kepala dan gegaran di bahagian otak.
Namun, doktor itu menjelaskan, dia hanya memberikan pendapat profesional mengenai kulit wanita itu. Utusan
Suami pukul doktor sebut kulit isterinya cantik
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak