Sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat termakan ‘cendawan busut’

Sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat termakan ‘cendawan busut’

Seorang wanita berkongsi pengalaman keluarganya yang termakan ‘cendawan beracun’ sehingga dikejarkan ke hospital supaya orang ramai tidak menerima nasib yang sama.

Menurut perkongsian di aplikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Mas.ita itu memaklumkan suaminya memetik cendawan berkenaan yang tumbuh meliar di tepi kediaman mereka.



Ketika melihat cendawan berkenaan, keadaannya sangat gebu dan dia kemudiannya membersihkan seperti biasa untuk dimasak.

“Saya ambil cendawan itu dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan. Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya menerusi rakaman video di TikTok.

Beliau berkata, pada mulanya terbit rasa ragu-ragu untuk memakan cendawan itu terutama melihat didihan air yang dimasukkan cendawan itu bertukar warna hijau.

“Saya saja nak buat ‘content’ masak-masak, apabila diteliti cendawan ini sama macam cendawan busut, tapi sebenarnya bukan. Kemudian saya tengok cendawan ni sangat lembut macam pau dan bahagian bawah cendawan terdapat warna hijau pucat serta ada (bentuk) cincin dekat bawah.



“Saya ragu-ragu juga untuk makan cendawan ini tapi teruskan masak sebab sudah lama tidak makan cendawan. Masa masak cendawan itu kuahnya bertukar warna hijau pucat tapi rasanya enak sama seperti cendawan busut.

“Tetapi selepas kami sekeluarga selesai makan, kami terus rasa sakit. Memang tak sempat ‘check’ Google rupa-rupanya memang betul-betul cendawan itu tidak boleh dimakan dan beracun,” katanya.

Disebabkan itu, Mas berkata, suaminya terus memintanya membuang cendawan berkenaan sebelum ia dimakan oleh anaknya yang lain.

“Suami makan dalam kuantiti yang agak banyak menyebabkan dia mengalami muntah-muntah dan hampir pengsan. Saya panik, suami dah lemah tak boleh nak pandu kereta jadi saya telefon 999.



“Walaupun saya dan anak makan dalam kuantiti yang sikit, tetapi tetap rasa sakit,” katanya.

Menerusi video yang sudah menerima jutaan tontonan itu, Mas turut menasihatkan orang ramai supaya lebih cakna mengenai jenis cendawan supaya tidak tersalah makan tumbuhan beracun.

Sementara itu, Public Health Malaysia memaklumkan cendawan jenis Chlorophyllum Molybdites itu memang seakan sama cendawan busut dan ia antara tumbuhan yang sering menjadi penyebab kejadian keracunan makanan.

Toksin atau racun daripada cendawan liar itu boleh menjadikan seseorang itu loya, muntah dan cirit-birit serta terdapat kejadian sehingga menyebabkan celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.



“Malah sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury). Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam Facebook.

Berikutan itu, pihaknya memberi peringatan kepada orang ramai untul lebih berhati-hati memetik cendawan yang tidak diketahui pada musim hujan ini yang banyak tumbuh di sekitar rumah.

“Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan daripada memetik dan makan cendawan yang tidak diketahui. Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli daripada pembekal komersial,” ujarnya. BH

Sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat termakan ‘cendawan busut’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker