Pemilik kedai runcit racun makanan pesaing, 10 pelanggan sakit

BEIJING – Seorang pemilik kedai runcit di wilayah Zhejiang, timur China ditahan kerana meracuni produk makanan yang dijual oleh premis saingannya sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pelanggan sakit, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) semalam.

Pemilik kedai itu merupakan seorang lelaki itu dan dia ditahan polis selepas melakukan perbuatan tersebut pada Jun lalu di premis perniagaan saingannya yang terletak bersebelahan serta dimiliki oleh seorang wanita.

Seorang pelanggan dengan nama keluarga Li telah membeli kek daging gulung di kedai wanita itu pada 13 Jun lalu.



Selepas memakan makanan itu, dia dan sembilan pelanggan lain mengalami pening kepala dan muntah.

Li kemudian menghubungi polis dan siasatan mendapati dia dan mangsa lain diracun dengan natrium nitrat.

Bahan kimia industri itu boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah, pengsan, kesukaran bernafas dan dalam beberapa kes boleh menyebabkan  kematian.

Polis mengenal pasti suspek selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) di kedai wanita itu yang dipasangnya. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker