Rumah Sudah ‘Rentung’ Pun Berharga RM1.7 juta [VIDEO]

Rumah Sudah ‘Rentung’ Pun Berharga RM1.7 juta [VIDEO]

MELROSE, MASSACHUSETTS – Sebuah rumah di Massachusetts, Amerika Syarikat yang musnah dalam  kebakaran pada Ogos lepas kini diiklankan untuk dijual pada harga AS$399,000 (RM1.7 juta) tanpa dibaiki, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kediaman satu tingkat dengan tiga bilik tidur yang terletak di bandar Melrose itu terbakar sepenuhnya selain bahagian tingkapnya dilaporkan meletup dalam kebakaran tersebut dan tidak pernah dibaiki sejak itu.

“Rumah ini perlu diubah suai sepenuhnya atau dimusnahkan dan dibina semula.  Pembeli perlu melakukan proses usaha wajar sendiri. Ia dijual dalam keadaan sebegitu,” demikian menurut keterangan pada iklan jualan rumah tersebut.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Boston Globe, dalam insiden kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut, anggota bomba terpaksa mencabut dinding dan siling pada bahagian dalam rumah untuk memadamkan api.

Terdapat beberapa anggota bomba yang terpaksa menerima rawatan akibat cedera ringan namun, para penghuni rumah dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI

Rumah Sudah ‘Rentung’ Pun Berharga RM1.7 juta [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker