Resepi sotong goreng cili kering sedap

Sebaran :

Resepi sotong goreng cili kering sedap

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resepi sotong goreng cili kering yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN

300 gm sotong – bersihkan & potong ikut suka
4 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih- cincang
2 cm halia
10 tangkai cili kering- potong 3 cm
½ labu bawang besar – potong kasar
2 sudu besar sos tiram
½ sudu besar kicap cair
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk pati ayam
4 sudu besar air
½ sudu kecil tepung jagung- bancuh dengan sedikit air
20 biji gajus- goreng sebentar
5 batang daun bawang – potong 3 cm

CARA:

Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kering, kacau sebentar.
Masukkan sotong, kacau sebentar.
Masukkan sos, bahan perasa lain dan air, didihkan sebentar hingga agak kering.
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebentar.
Masukkan gajus dan daun bawang , angkat dan hidangkan.

Resepi oleh Cef Amer Hamzah

Resepi sotong goreng cili kering sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply