Bekas KP MSN kembali ke rahmatullah

Sebaran :

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Berita pemergian tokoh sukan negara itu dikongsikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di media sosialnya hari ini.

Khairy berkata, Zolkeples merupakan nama yang tidak asing dalam arena sukan negara dan terlalu banyak jasa yang telah ditaburkannya dalam pembangunan sukan tanah air.

Bekas menteri belia dan sukan itu turut mengimbau kenangannya yang pernah bekerja bersama Allahyarham.

“Saya berpeluang menimba ilmu dan bekerja bersama bekas ketua pengarah majlis sukan negara ini, antaranya sewaktu Allahyarham bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif Sukan SEA 2017 yang turut menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara temasya tersebut.

“Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Salam takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. al-Fatihah,” tulis Khairy.

Berita kesedihan itu juga turut dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican, yang juga bekas menteri belia dan sukan.

“Saya menerima perkhabaran sedih pagi ini, perginya seorang tokoh sukan yang dihormati Zolkples Embong, bekas ketua pengarah MSN.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayang-Nya buat Allahyarham serta ditempatkan bersama orang-orang soleh,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Zolkples yang telah memegang jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014 yang juga Naib Presiden 2 Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK).

Bekas KP MSN kembali ke rahmatullah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ubahsuai Seri Perdana RM38.5juta Salahkan Najib, PRU15 Muhyiddin Nak Salahkan Najib juga?


Sebaran :

Leave a Reply