Ubahsuai Seri Perdana RM38.5juta Salahkan Najib, PRU15 Muhyiddin Nak Salahkan Najib juga?

Oleh Nurul Aisyah

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) makin hampir. Semua pemimpin politik sedang mengatur strategi masing-masing. Parti yang bermaruah tidak akan guna cara kotor untuk menang. Berlainan pula dengan parti yang tidak mempunyai kredibiliti seperi PPBM.

Ramai pihak dapat menduga Muhyiddin akan tetap menggunakan cara kotor dengan menyalahkan semua perkara ke bahu Datuk Seri Najib demi untuk menipu rakyat dalam usaha meraih kemenangan.

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan pertembungan parti itu dengan Umno dalam PRU15 merupakan antara realiti politik yang perlu diterima dan PPBM bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang terjadi pada masa akan datang dengan cara serta strategi tersendiri.

Rakyat tahu sejauh mana keupayaan Muhyiddin. Kerajaan yang beliau pimpin gagal teruk. Beliau gagal menangani pandemik Covid 19 sehingga meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang paling tinggi kadar kematian di dunia. Dan yang paling sadis apabila ekonomi negara turut berada dalam “ranking” antara yang paling teruk di asia.

“Jadi apabila kita terpaksa bertembung (dengan Umno) kita hadapi, itu realiti politik dan kita ada strategi serta cara kita…akhirnya kita serah kepada rakyat tentukan parti mana terbaik untuk mereka,” kata Muhyiddin.

Kata-kata Muhyiddin jadi bahan jenaka di media sosial. Rata-rata rakyat Malaysia tahu yang strategi beliau dari dahulu adalah dengan menyalahkan Datuk Seri Najib walau pun perkara tersebut tiada kaitan dengan DSN.

Memetik sumber, DSN dijadikan alasan oleh Muhyiddin untuk meluluskan projek ubahsuai dan NAIK TARAF kediaman Seri Perdana.

Ceritanya begini.

Selepas kalah PRU14, saya dan keluarga saya diberikan masa beberapa jam sahaja untuk meninggalkan Seri Perdana sebab PM7 percaya bahawa ada banyak rahsia tersimpan di sana.
Pada bulan Ogos 2018 (lampiran), saya tulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diberi kebenaran mengambil balik barang peribadi, hadiah, cenderamata dan perabot yang dibeli dengan duit sendiri dari Seri Perdana.
Tapi surat saya tidak dibalas.
Pada bulan Ogos 2019 (seperti lampiran), saya sekali lagi ulang surat untuk permintaan yang sama.
Setelah 14 bulan kemudian pada 21 Oktober 2020, Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru membalas dan menyatakan mereka bersetuju dengan syarat hanya senarai barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan adalah dibeli oleh saya dan bukan aset kerajaan dibenarkan.
Senarai tersebut diperiksa dan diluluskan JPM.
Sehubung dengan itu, JPM pun menulis satu lagi surat pada 18 Nov 2020 (tengok lampiran) kepada saya untuk suruh saya angkat balik barang-barang peribadi saya SEPERTI DALAM SENARAI MUKTAMAD. Diberi tempoh masa 2 minggu kepada pihak saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Disember 2020.
(Projek naik taraf difahamkan telah diluluskan bulan Januari 2021 dan kerja fizikal naik taraf bermula bulan Mac 2021)
Masa itu, staff saya pelik kenapa tiba-tiba kita disuruh untuk ambil balik barang-barang tersebut dengan begitu laju.
Rupa-rupanya seorang pengurus baharu Seri Perdana telah dilantik (yang kami diberitahu merupakan saudara PM8) dan mereka memberitahu kita bahawa PM8 ada rancangan untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu pindah ke sana.
(Antara cadangan mereka ialah untuk memperluaskan bahagian dapur sebab mereka kata ruang dapur sedia ada terlalu kecil)
Itulah cerita sebenarnya.
Kita hanya dibenarkan untuk keluarkan barang-barangan dari senarai muktamad diluluskan dan diberi JPM. Bukan ikut suka hati kita.
Hanya mereka yang tertipu dengan manifesto bukan kitab PH (ya, ditulis oleh ketua penerangan PPBM) sahaja yang akan percaya bahawa saya mengambil balik barang peribadi, perabot dibeli sendiri yang sudah lama serta hadiah diberi kepada saya memaksa kerajaan PM8 untuk luluskan ubah suai serta naik taraf kediaman Seri Perdana dengan jumlah RM38.5 juta oleh seorang yang kononnya tiada niat untuk tinggal di sana.
Habis tu, nak belanja RM38.5 juta untuk apa? Untuk dibiarkan kosong tanpa sesiapa mahu duduk di sana?
Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ianya niat kamu untuk belanja RM38.5 juta untuk kediaman pada ketika sendiri beritahu Rakyat bahawa kerajaan tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat.
Lagipun, perabot-perabot lama dibeli saya yang JPM arahkan untuk kami keluarkan dari Seri Perdana masih simpan di warehouse sebab saya masih berpuas hati dengan perabot saya di rumah saya.
Tak digunakan langsung.
Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada kerajaan.
Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang warehouse untuk pilih.

Sebagaimana yang kita tahu Datuk Seri Najib sentiasa utamakan rakyat dalam setiap keputusan yang beliau ambil. Namun berlainan pula dengan Muhyiddin yang meluluskan ubahsuai Seri Perdana yang menelan belanja RM38.5juta sambil beritahu rakyat yang negara tidak mempunyai wang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker