PH bimbang DUN Melaka dibubarkan

Oleh Nurul Aisyah

PERGOLAKKAN DUN Melaka cetuskan kebimbangan ramai pihak terutamanya Pakatan Harapan(PH). Mereka sangat risau sekiranya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan berjumpa Yang Dipertua Negeri Melaka(TYT), Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam untuk minta kebenaran membubarkan DUN Melaka sebelum mereka berkesempatan berjumpa TYT terlebih dahulu.

Pada ketika ini PH tidak bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri(PRN) Melaka. Sekiranya PRN Melaka diadakan, mereka tahu bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang lebih banyak kerusi.

Sentimen rakyat terhadap PH masih lagi negatif dan ini akan beri kelebihan kepada BN. Selama 22 bulan PH memerintah Malaysia, rakyat dapat melihat dengan jelas mereka sememangnya sebuah kerajaan yang gagal. Pada ketika itu, golongan kaya semakin kaya manakala golongan miskin makin melarat.

Orang Melayu di Melaka kini menolak PH. Mereka sedar PH gagal menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Jus Soli Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial ialah persetujuan dicapai sebelum merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India, masing-masing menerusi parti yang mereka wakili, iaitu UMNO, MCA dan MIC.
Kaum minoriti bukan dalam kalangan Bumiputera di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli (bahasa Latin bagi hak untuk kawasan), iaitu taraf kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Atas dasar toleransi yang tinggi daripada pihak penduduk asal orang Melayu, bangsa lain perlu mengelak daripada mempertikaikan hak Melayu dan Islam.

Dulu ada Bersatu untuk tarik undi Melayu di Melaka, sekarang akan berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PN dan PH. Dan sekiranya PH kalah teruk ia akan berlarutan pada PRU-15 nanti. Perkara ini sangat ditakuti PH. Mereka tidak mahu DUN Melaka dibubarkan.

Beberapa hari yang lalu media melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke PH dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Kerajaan Melaka dipimpin Sulaiman ini terbentuk selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH yang tumbang Mac tahun lalu. Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker