Bung mohon maaf di Dewan Rakyat

Bung mohon maaf di Dewan Rakyat

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulan tindakan mengeluarkan perkataan “bodoh” ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong minggu lalu dipercayai dituju kepada wakil pembangkang.

Semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 22 Sept lalu, Bung mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bajet pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dipotong menyebabkan beberapa wakil pembangkang berang dan menyerangnya.

Bung kemudian membalas celahan wakil rakyat yang menyerangnya sebagai “bodoh”.

“Untuk menghormati Dewan Rakyat ini saya tarik balik, akur dan mohon maaf kepada dewan yang mulia ini,” kata Bung.

Beliau kemudian menjelaskan ketika berucap beliau tidak menyedari wakil rakyat mana bangkit mencelah ucapannya menyebabkan beliau membalas celahan itu dengan perkataan “bodoh”.

“Saya pun tidak tahu semasa sedang berucap, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat ‘tangkap’ pembesar suara tanpa berdiri, siapa makan lada dia rasa pedas,” katanya.

Bung membuat permohonan maaf itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Azhar membuat arahan itu selepas menerima usul daripada Noorita Sual (PH-Tenom) supaya Bung membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat. FMT

Bung mohon maaf di Dewan Rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker