Jambatan 'Winnie The Pooh' Bakal Dilelong [VIDEO] — MYKMU.NET

Jambatan ‘Winnie The Pooh’ Bakal Dilelong [VIDEO]

Sebaran :

Jambatan ‘Winnie The Pooh’ Bakal Dilelong [VIDEO]

TONBRIDGE: Sebuah jambatan yang dipaparkan dalam buku ‘Winnie the Pooh’ bakal dilelong minggu depan dengan harga AS$81,400.

Jambatan tersebut terletak di selatan England dan dikatakan tempat yang sering dikunjungi penulis siri buku itu, A A Milne, bersama anak lelakinya, Christopher Robin sekitar tahun 1920-an.

Ia juga menjadi lokasi sering dipaparkan dalam pengembaraan Pooh dan rakan-rakannya dalam siri buku tersebut yang bermula pada tahun 1926.

James Rylands dariapda Summer Place Auctions menyifatkan jambatan itu sebagai ‘objek kesusasteraan paling ikonik dan penting’.

Beliau turut berharap jambatan tersebut dapat mencapai harga jualan sehingga AS$340,000.

“Susah untuk meletakkan harga kenangan ‘Winne the Pooh’ yang telah mengembirakan ramai kanak-kanak serta golongan dewasa selama berpuluh tahun.

“Saya tidak terkejut kita jambatan itu dilelong pada harga yang lebih tinggi,” katanya.

Jambatan tersebut yang asalnya diberi nama Posingford Bridge, dibina pada tahun 1907.

Ia kemudian ditukarkan nama kepada Poohsticks Bridge pada 1997 oleh anak A A Milne sendiri, yang anak patungnya digunakan sebagai watak dalam buku berkenaan.

Jambatan tersebut yang asalnya diberi nama Posingford Bridge, dibina pada tahun 1907. – Foto AP

Struktur asal jambatan tersebut diruntuhkan pada 1999 dan digantikan oleh jambatan yang lebih kukuh dan dibiayai oleh Disney corporation.

Jambatan asal berukuran 8.87 meter panjang dan 4.5 meter lebar disimpan di Pusat Hutan Ashdown, East Susses dan telah dibaik pulih sepenuhnya.

Lelongan tersebut dilakukan sempena hari kelahiran pertama Christopher Robin apabila dia terima sebuah ‘teddy bear’ bernama Pooh daripada pasar raya berprestij Harrods.-The Hill

Jambatan ‘Winnie The Pooh’ Bakal Dilelong [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: