5 Raja paling kaya di dunia

5 Raja paling kaya di dunia

Sistem pemerintahan beraja menjadi tidak asing lagi kerana sudah diperkenal sejak dulu lagi

Sistem yang unik itu kekal sehingga hari ini sudah pasti ada kesan baiknya. Dalam sistem tersebut, sultan atau raja merupakan ketua yang berada di hierarki tertinggi. Sultan dan raja sesebuah negeri atau negara ini bertanggungjawab untuk menjadi ketua agama dan juga melambangkan perpaduan rakyat.

1. Raja Thailand


Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dinobatkan sebagai raja terkaya di dunia pada 2021. Raja Maha Vajiralongkorn lahir pada 28 Julai 1952. Kini, baginda berusia 69 tahun dan telah menjadi raja sejak tahun 2016 lagi.

Baginda merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit. Raja Maha Vajiralongkorn menjadi putera mahkota ketika berusia 20 tahun.

Kekayaan mereka sekeluarga dapat dikaitkan dengan pelaburan yang diperoleh daripada Biro Hartanah Mahkota iaitu pengelola rasmi tentang segala hartanah yang dimiliki oleh mahkota di Kerajaan Thailand. Raja Maha Vajiralongkorn memiliki kekayaan bersih sebanyak 30 billion dollar AS.

2. Sultan Brunei Darussalam


Sultan Hassanal Bolkiah lahir pada 15 Julai 1946 yang berusia 75 tahun ini. Baginda merupakan sultan yang ke-29 dan merupakan putera sulung kepada Sultan Omar Ali Saifuddin III.

Sultan Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Sultan Hassanal Bolkiah memiliki kekayaan lebih dari 20 billion dollar AS. Sumber kekayaannya merupakan keuntungan hasil daripada sumber asli seperti minyak dan gas. Sultan Hassanal Bolkiah dinobatkan sebagai raja terkaya nombor dua di dunia oleh Richest Jets.

3. Raja Arab Saudi


Raja Arab Saudi ialah Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. Kini, baginda berusia 85 tahun dan telah memegang tampuk kekuasaan dan kegemilangan negara Arab Saudi sejak tahun 2015 lagi. Baginda pernah menjadi Menteri Pertahanan Arab Saudi sebelum dinobatkan sebagai Putera Mahkota pada tahun 2012.

Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memiliki kekayaan lebih dari 17 billion dollar AS. Raja Salman dinobatkan sebaga raja terkaya nombor tiga di dunia oleh Richest Jets. Keluarganya dikenali sebagai keluarga yang sangat kaya dan memiliki banyak pelaburan yang cemerlang.

4. Raja Abu Dhabi


Pemerintah Abu Dhabi ialah Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Beliau juga merupakan presiden United Arab Emirates (UAE). Tidak asing lagi, keluarga mereka sememangnya merupakan pengelola minyak terbesar di UAE.

Kekayaan yang dimiliki adalah sebanyak 18 billion dollar AS. Syekh Khalifa dikenali sebagai seorang yang dermawan dan sangat baik hati.

5. Raja Maghribi


Raja Maghribi iaitu Raja Mohammed VI ditabalkan sejak tahun 1999. Selain dikenali sebagai raja, baginda juga merupakan pengusaha terkenal. Gelaran Raja Maghribi merupakan warisan daripada sang ayah, iaitu Raja Hassan II.

Kini, baginda sudah berumur 58 tahun dan dinobatkan sebagai raja terkaya di dunia versi Richest Jets. Baginda memiliki kekayaan bersih sebanyak 5.7 billion dolar AS. Sumber kekayaannya adalah daripada pelaburan dalam banyak bidang di pelbagai negara seperti Afrika. Says

5 Raja paling kaya di dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker