Suami gay tidur dengan adik angkat tanpa seurat benang
Suami gay tidur dengan adik angkat tanpa seurat benang
Seorang wanita terkedu apabila mendapat tahu suaminya bernafsu songsang dan sanggup menduakan dirinya ketika dia sedang hamil anak sulung dua bulan.
Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islan, Fahmi Ramli berkata, wanita tersebut hanya mengenali suaminya di media sosial selama sebulan sebelum memutuskan untuk berkahwin selepas bertemu buat pertama kali.
“Kali pertama melangkah ke rumah suaminya dia mendapati rumah tersebut kemas, sangat teratur dan bersih dan dia berasa beruntung dapat seorang suami yang pembersih.
“Cuma, ada satu bilik di rumah tersebut yang tersimpan baju lelaki yang bukan milik suaminya tetapi dikatakan milik adik angkatnya,” tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.
Tetapi si isteri tidak begitu kisah kerana adik angkat itu tidak tinggal bersama mereka namun selepas enam bulan mendirikan rumah tangga adik angkat suaminya datang dan menyatakan hasrat mahu bermalam di rumah berkenaan sehari dua.
“Malam itu, suaminya asyik berbual dengan adik angkatnya hingga lewat malam. Jadi, dia tidur dulu kerana keletihan dan ketika terjaga tengah malam dia mendapati suaminya tiada.
“Dia cuba buka pintu bilik yang dihuni adik angkat suaminya perlahan-lahan dan terkejut apabila melihat suaminya bersama adik angkatnya sedang tidur berdua di atas katil tanpa seurat benang,” ujarnya.
Selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, wanita itu datang bertemu Fahmi untuk bertanyakan tentang apa yang harus dilakukan.
Peguam itu berkata, perbuatan suami wanita itu salah disisi undang-undang dan hukum syarak kerana persetubuhan luar tabie jelas tidak bermoral dan dilarang agama.
Beliau berkata, seorang isteri berhak menuntut fasakh dengan alasan suami berkelakuan keji misalnya mengikut Seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 dengan kebanyakan negeri mempunyai peruntukan undang-undang yang hampir sama.
Menurutnya, beban pembuktian kes fasakh itu tertanggung ke atas isteri dan jika si isteri mendakwa suaminya berkelakuan bertentangan dengan hukum syarak maka dia perlu membuktikan perkara itu berlaku.
“Isteri sepatutnya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk proses tangkapan dan siasatan dan jika suami terbukti bersalah dan dijatuh hukum barulah dia terbukti berkelakuan keji mengikut hukum syarak,” jelasya.
“Tetapi jika hendak terus bercerai, bincang secara baik untuk berpisah jika isteri sudah tidak mampu teruskan perkahwinan. Perpisahan secara baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga adalah jalan penyelesaian terbaik,” ujarnya. K Online
Suami gay tidur dengan adik angkat tanpa seurat benang
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.