Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati

Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati

BAITULMUQADDIS: Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada harga apabila polis Israel menembak mati seorang wanita Palestin berdekatan Pintu al-Silsila, Masjid al-Aqsa.

Lapor Quds News Network, Israel dilihat sekali lagi mencipta naratif baharu dengan skrip berulang iaitu ‘cubaan menyerang’ dan polis melepaskan tembakan dengan alasan ‘mempertahankan diri’.



Ini terbukti apabila polis Israel mendakwa kononnya Isra Khuzaimah, 30, cuba menikam anggota polis sebelum tembakan dilepaskan ke arahnya.

Lebih menyayat hati, ibu empat anak itu dibiarkan terbaring tanpa sebarang bantuan kecemasan sehingga akhirnya beliau mati syahid.

Rakaman video menunjukkan wanita itu langsung tidak memberikan sebarang ancaman atau cuba melakukan serangan.



Israel dan media barat pula menyebarkan propaganda bahawa wanita tersebut cuba menikam polis Israel dan kerana itu dia ditembak. Utusan

Polis Israel tembak ibu empat anak sampai mati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker