Pemimpin Umno yang berani, setia saja sanggup dilabel kluster mahkamah
Pemimpin Umno yang berani, setia saja sanggup dilabel kluster mahkamah
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemimpin Umno yang berani dan setia saja sanggup dilabelkan sebagai “kluster mahkamah”.
Katanya, istilah kluster mahkamah direka oleh pasukan propaganda sebagai usaha berterusan memburuk-burukkan sebilangan pimpinan Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Ia ‘character assassination’ (pembunuhan karakter) yang seterusnya selepas menyaksikan sebilangan besar rakyat mula hilang keyakinan terhadap parti politik yang mereka dukung dan kembali menaruh harapan kepada Umno.
“Namun mereka buat-buat lupa bagaimana sebahagian daripada pemimpin parti politik mereka menyelamatkan diri daripada momokan ‘kluster mahkamah’.
“Hanya pimpinan Umno yang berani dan setia kepada perjuangan parti sanggup bertahan dan menentang walaupun dilabel sebagai ‘kluster mahkamah’,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi jenayah pecah amanah, lapan bagi tuduhan rasuah dan 27 bagi tuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi.
Bekas timbalan perdana menteri itu menyifatkan pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Selain Ahmad Zahid, bekas perdana menteri, Najib Razak turut berdepan bertuduhan penyelewengan dana membabitkan SRC International Sdn Bhd dan juga 1MDB.
Turut terkait dengan pertuduhan di mahkamah ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berhubung dana 1MDB.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata ada pemimpin parti tertentu terlepas daripada gelaran “kluster mahkamah” selepas melompat parti.
“Justeru mereka yang lompat parti sebenarnya tiada “moral standing” untuk memberi pandangan terhadap individu yang konon mereka gelar sebagai kluster mahkamah.
“Dengan itu adalah wajar mereka menginsafi tingkah laku kerana rakyat zaman ini hidup di zaman bermaklumat yang mengerti apa yang berlaku,” katanya lagi. Mk
Pemimpin Umno yang berani, setia saja sanggup dilabel kluster mahkamah
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas
You must be logged in to post a comment.