Kucing K9 bukan milik PDRM

Potongan video tular yang dirakam oleh sebuah televisyen tempatan memaparkan kucing yang dipakaikan baju K9 ketika operasi PDRM di Apartmen Idaman, Damansara Damai, 14 Disember lalu.

Baru-baru ini tular di media sosial potongan rakaman berita di sebuah televisyen tempatan memaparkan seekor kucing yang memakai baju Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Bagaimanapun, ternyata kucing tersebut bukanlah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kepunyaan salah seorang penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Difahamkan pemilik tersebut sengaja memakaikan baju K9 yang dibeli menerusi platform e-dagang pada kucingnya untuk ‘membantu’ siasatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut serta dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.



“Tapi kucing ni bukan unit K9 punya. Ada pemiliknya. Tuan dia duduk apartmen di situ dan memang sengaja pakaikan baju ni,” ciap pengguna berkenaan.

Hakikatnya, pihak PDRM hanya menggunakan unit anjing pengesan untuk mengesan bukti-bukti penting bagi kes kanak-kanak yang maut dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Meskipun amat janggal dan jarang sekali PDRM menggunakan kucing dalam unit K9, perkara ini dianggap biasa di luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand.

Kucing seperti ini berada dalam unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.



Salah satu kucing pengesan United States Coast Guard (USCG) unit Feline ni bernama Milo yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker