Mayat ditemukan mereput, berbau dalam bilik

Mayat ditemukan mereput, berbau dalam bilik

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemukan sudah mereput dan berbau dalam keadaan terlentang atas katil bilik utama rumahnya di Taman Ria, di sini hari ini.

Penemuan mayat lelaki berusia 56 tahun yang juga mekanik itu dimaklumkan jirannya yang menghubungi polis jam 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis yang tiba di lokasi mendapati pintu rumah dikunci daripada dalam dan terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dan penyelamat untuk memecahkannya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa sudah menginggal dunia lebih 24 jam.

“Hasil keterangan daripada jiran, dia memberitahu kali terakhir mereka bertemu adalah lima hari lalu dan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

“Jirannya juga mendakwa mangsa yang masih bujang itu tinggal dengan bapanya berusia 90 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati bapa mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH) sejak empat hari lalu kerana uzur.

“Mangsa menjadikan hadapan rumahnya sebagai bengkel membaiki kereta dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan mayat untuk ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan,” katanya. BH

Mayat ditemukan mereput, berbau dalam bilik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker