Netizen minta Zul Yahya hentikan dakyahnya tentang vaksin

Netizen minta Zul Yahya hentikan dakyahnya tentang vaksin

Pelakon Zul Yahya sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang warganet selepas memuat naik hantaran di entri Instagram miliknya yang dipercayai berkaitan dengan pengambilan vaksinasi.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang pernah mewarnai layar skrin ketika dahulu itu dilihat menyentuh isu diskriminasi yang didakwa berpunca daripada pengambilan suntikan berkenaan.



“Cobit (Covid-19) made in China membuka jalan kepada vaksum (vaksin).

“Vaksum membuka jalan kepada diskriminasi. Tahniah!” tulisnya di Instagram.

Sehubungan itu, tinjauan menerusi komen mendapati rata-rata warganet tampil menyuarakan pendapat tidak setuju mereka atas dakwaannya yang dilihat seolah-olah memerli usaha untuk kekang penularan virus berkenaan.

“Tak habis-habis dengan diskriminasi. Awak memilih untuk menjadi minoriti,” tegas seorang pengikut.



“Pergi sahajalah ambil vaksin itu, tidak susah mana pun. Larat ke mereput dekat rumah selamanya… warga emas lagi relaks pergi cucuk vaksin, elok sahaja hidup lagi sampai sekarang. Apa yang nak ditakut sangat entahlah,” komen salah seorang warganet.

“Kun Faya Kun, dicipta atau tidak. Bila kehendak Allah, maka terjadilah. Terus berdoa dan memohon pada yang Esa. Cool abang Papaya,” tulis warganet di ruangan komen hantaran tersebut.

Sekadar informasi, sebelum ini beberapa hantaran Zul telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan provokasi apabila dikatakan memilih Haluan berbeza berkenaan vaksinasi. Utusan

Netizen minta Zul Yahya hentikan dakyahnya tentang vaksin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker