KKM lapor 258 kematian baharu Covid-19

KKM lapor 258 kematian baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 258 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah terbabit, 75 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 25,695.

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 56, diikuti Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak, dan Pahang masing-masing lima; Melaka dan Terengganu, masing-masing empat; Perlis (dua) dan Negeri Sembilan (satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 177,560 kes aktif dilaporkan termasuk 980 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 579 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,430 kes sembuh dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini mencecah 2,209,194. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

KKM lapor 258 kematian baharu Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker