Budak dikhuatiri lemas terjatuh longkang
Budak dikhuatiri lemas terjatuh longkang
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima aduan mengenai insiden itu pada jam 6.18 petang.
Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digegaskan ke lokasi kejadian dan usaha mencari serta menyelamat masih dijalankan.
“Mangsa adalah anak kepada seorang lelaki warga Indonesia yang bertaraf pemastautin tetap.
“Mangsa dipercayai sedang bermain air sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.52 meter dan dihanyutkan arus deras.
“Longkang ini mengalir ke Taman Sri Muda dan pencarian kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang tadi.
Norazam berkata, antara kawasan terbabit ialah di Jalan Renang, Seksyen 13, yang dinaiki air setinggi 1.2 meter. BH
Budak dikhuatiri lemas terjatuh longkang
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS