Rentas negeri dijangka dalam 3 minggu lagi – Hishammuddin

Rentas negeri dijangka dalam 3 minggu lagi – Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata, kebenaran rentas negeri dijangka dapat diberikan dalam tiga minggu lagi, susulan langkah untuk mempercepatkan vaksinasi populasi dewasa.

Beliau berkata, Angkatan Tentera (ATM) diarah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencapai sasaran 90% populasi dewasa divaksin.

Katanya, ATM akan segera menggerakkan lebih banyak “Combat Medic Vaccination Team (CMVT)” untuk membantu KKM memvaksin penduduk di kawasan pedalaman serta memperluaskan program vaksinasi pandu lalu untuk warga ATM yang dilaksanakan kementeriannya kepada orang awam.

“Insya Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu, kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini,” katanya dipetik Berita Harian selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja, Kem Ulu Tiram di Johor Bahru hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilapor membayangkan kebenaran rentas negeri dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”.

Ini kerana, katanya, 81% populasi dewasa sudah melengkapkan vaksin setakat Rabu lalu dan sasaran 90% boleh dicapai dalam beberapa minggu lagi.

Hishammuddin berkata, sebelum kebenaran rentas negeri diumumkan, banyak perkara termasuk SOP dan tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan perlu dipertimbangkan

“SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri minggu depan.”

Katanya, disiplin orang ramai adalah elemen paling penting apabila kebenaran rentas negeri diberikan.

“Mustahil untuk kerajaan pantau dan melaksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang dibenarkan merentas negeri. Sebab itu, disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan.”. FMT

Rentas negeri dijangka dalam 3 minggu lagi – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker