Nombor ekor: Kadir dakwa Pas sekadar lepas batuk di tangga

Nombor ekor: Kadir dakwa Pas sekadar lepas batuk di tangga

Parti Pas didakwa tidak lebih daripada melepaskan batuk di tangga berhubung keputusan kerajaan memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.

Datuk A. Kadir Jasin berkata, sejak sekian lama, modal besar Pas adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak Islamik kerana membenarkan judi dan arak.



Beliau yang pernah menjadi Penasihat Media Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan komitmen Pas untuk mengharamkan judi dan arak jika parti tersebut berkuasa.

“Itulah antara janji Pas kepada para wala’nya. Atau “walaun” mengikut istilah media sosial.

”Kalau pada zaman kerajaan PH (Pakatan HArapan) yang Pas kata diterajui oleh DAP cabutan khas judi nombor ramalan dikurangkan kepada 11 kali bagi tahun 2019 dan lapan bagi 2020, di zaman kerajaan Melayu-Islam PN (Perikatan Nasional) yang dianggotai oleh Pas ini, ia dinaikkan semula kepada 22 seperti pada era BN.

”Kalaulah Pas ini betul-betul berpegang kepada Islam seperti didakwa dan dihebahkan kepada para wala’nya, ia tentu telah membantah dengan sekeras-kerasnya sehingga keluar daripada kerajaan jika perlu. Tapi reaksi Pas tidak lebih daripada melepas batuk di tangga saja,” katanya.



Kadir mendakwa Pas secara terus terang bersubahat dengan kerajaan mesra judi apabila Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz sekadar berkata, kerajaan sepatutnya mengekalkan keputusan pentadbiran PH yang telah mengurangkan jumlah cabutan.

Secara sinis, Kadir berkata, takkanlah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memandai-mandai seorang diri meluluskan permohonan daripada agensi nombor ramalan untuk menambah bilangan cabutan khas kepada 22 kali setahun macam zaman BN.

”Takkan Kabinet atau Perdana Menteri tak tahu?,” soal beliau.

Jelas wartawan veteran ini lagi, Tengku Zafrul bukan orang politik, dia orang korporat dan keutamaannya adalah hasil kerajaan.



Manakala pemimpin Melayu-Islam PN pula nampak macam tidak berapa peduli asalkan hasil kerajaan ada untuk bayar gaji, elaun, pencen dan segala kemudahan mereka. MG

Nombor ekor: Kadir dakwa Pas sekadar lepas batuk di tangga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Wajah Uqasha dah macam Sajat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker