Biar Betul?! Pelik Balkoni Terletak Dalam Apartmen [VIDEO]

Biar Betul?! Pelik Balkoni Terletak Dalam Apartmen [VIDEO]

SEBUAH pangsapuri di Virginia, Amerika Syarikat tular di media sosial apabila balkoninya berada di sebelah dalam bangunan berbanding di luar seperti kebiasaan.

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok, Rachel yang menggunakan nama @rayyy.of_sunshine, keadaan kediaman itu turut mengingatkan orang ramai kepada filem seram.

Dapat dilihat tiada seorang pun yang menggunakan balkoni berkenaan dan situasi itu tidak mengejutkan kerana ia langsung tidak memberikan privasi.

Pemilik akaun TikTok berkenaan turut meletakkan keterangan “This is the WEIRDEST apartment complex I’ve ever seen.”

@rayyy.of_sunshine

??? just so weird #scary #fyp #viral #abandoned #virginiatech

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

“Rupa-rupanya ada balkoni kerana kebanyakan bilik tidak memiliki tingkap dan tidak memenuhi piawaian kebakaran.

“Tetapi jika ada balkoni, ia menjadi okey kerana jika berlaku kebakaran, penghuninya boleh melompat daripada balkoni.”

Menerusi videonya juga, Rachel turut ‘menjelajah’ ke pangsapuri berkenaan.

Video Rachel mendapat lebih tiga juta tontonan yang menyifatkan lorong kosong yang terdapat di pangsapuri itu langsung tidak menyenangkan.

“Kenapa ia kelihatan seperti tapak bekas penjara yang diubah suai menjadi pangsapuri?,” menurut salah satu komen yang diberi pengguna

“Setiap pintu membawa anda ke bahagian dalam, bukannya di bahagian luar. Suasana tak ubah seperti filem seram.” – Daily Star

Biar Betul?! Pelik Balkoni Terletak Dalam Apartmen [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker