Neelofa, PU Riz hadir ke Mahkamah Seremban

Neelofa, PU Riz hadir ke Mahkamah Seremban

SEREMBAN – Usahawan dan selebriti popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi, bagi mendengar sebutan semula kes pendakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa ke kedai karpet di Nilai 3.

Turut kelihatan peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama pasukan peguam Neelofa di Mahkamah Majisteret, Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya Muhammad Haris atau PU Riz, adalah pada 23 Jun, sebelum ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seremban ketika itu, ia sekali lagi ditangguhkan kepada 12 Ogos, namun disebabkan Negeri Sembilan berada pada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), maka ditangguhkan lagi ke hari ini, 24 September.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.

Berikutan itu kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Neelofa kemudiannya dikenakan jaminan RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini untuk membeli karpet. Sinar

Neelofa, PU Riz hadir ke Mahkamah Seremban


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker