Kerajaan tak akan kenakan cukai untung luar biasa

Kerajaan tak akan kenakan cukai untung luar biasa

Langkah mewujudkan dasar atau insentif cukai baru terhadap syarikat pengeluar getah yang mendapat keuntungan luar biasa pada waktu tertentu akan menjejaskan komitmen pelabur untuk melabur di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar), Mohd Shahar berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam setiap keputusan yang dilakukan berhubung perkara itu.



“Kita tak boleh melakukan langkah cukai tanpa melihat dalam ekosistem yang besar. Kita juga mesti melihat bagaimana pelaburan negara yang dibuat sama ada pelabur dalam negara atau luar negara.

“Sekiranya berlaku dasar-dasar yang baru atau insentif-insentif cukai yang baru dengan mengambil kira keuntungan ketika luar biasa, ini juga akan menjejaskan komitmen atau kesanggupan para pelabur syarikat untuk melabur di negara kita.

“Kita mesti berhati-hati dengan apa yang kita lakukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Syed Saddiq bertanya sama ada syarikat-syarikat pengeluar getah masih belum dikenakan cukai keuntungan luar biasa.



“Di luar negara dikenakan (cukai keuntungan luar biasa). Di Malaysia, kita masih tak nak (laksanakan) walhal keuntungan mereka (syarikat getah) berlipat ganda.

“Saya nak jawapan secara rasmi di dewan ini adakah syarikat-syarikat pengeluar getah ini memberikan sumbangan politik ke mana-mana parti dalam kerajaan?” soalnya.

Selain Syed Saddiq, pada 6 Mei lalu, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) Nazir Razak juga pernah mempersoalkan mengapa syarikat-syarikat seperti pengeluar sarung tangan yang terbukti meraih keuntungan besar daripada pandemik Covid-19 tidak dikenakan sebarang cukai tambahan atau ‘supertax.’

Bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd itu berkata sudah tiba masanya bagi sistem percukaian sedia ada dijadikan lebih progresif agar dapat menyediakan jaringan keselamatan serta dasar pengagihan semula yang lebih berkesan.



“Saya tidak faham bagaimana di Malaysia, syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan yang memperoleh keuntungan besar mencecah berbilion-bilion hasil daripada pandemik ini tidak dikenakan sebarang cukai tambahan bagi membantu menampung kos menangani masalah pandemik itu,” katanya. Mk

Kerajaan tak akan kenakan cukai untung luar biasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker