Selangor benar 1,000 jemaah solat Jumaat di Masjid Negeri

Selangor benar 1,000 jemaah solat Jumaat di Masjid Negeri

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dibenarkan seramai 1,000 orang, manakala 500 jemaah bagi masjid lain di Selangor dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Menurut satu surat edaran dalaman yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ketetapan baharu itu mengambil kira penurunan kes Covid-19 semasa yang terus konsisten dan terkawal, peningkatan peratus vaksinasi lengkap dan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri serta beberapa indikator yang sangat signifikan.
an itu turut menyebut ketetapan berkenaan berkuat kuasa hari ini sehingga suatu tempoh yang akan ditentukan kelak, menurut laporan Berita Harian.

Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan masjid institusi pula, masing-masing 500 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat, manakala 300 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

Masjid pengurusan ditetapkan seramai 400 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat, manakala 300 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

“Masjid kariah pula 350 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat, manakala 200 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

“Surau yang diberi kebenaran solat Jumaat pula 250 jemaah termasuk pentadbir masjid, manakala 200 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

“Surau kariah dan musolla pula masing-masing 100 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu,” kata edaran itu, dengan menambah masjid dan surau juga dibenar menerima jemaah bermusafir atau pemandu e-hailing dan penghantar makanan.

Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak diberi penekanan dengan jemaah hanya dalam kalangan ahli kariah yang tinggal bermastautin dalam kawasan dan perlu lengkap dua dos vaksin Covid-19 serta melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.

Katanya, jemaah bukan warganegara yang dikenali dan melazimi hadir ke masjid/surau boleh dipertimbangkan.

“Program mengimarahkan masjid dan surau dibenar dilaksana, antaranya kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, halaqah tadarus dan tadabbur Al-Quran, kuliah Muslimat, bacaan Yasin dan tahlil serta program munajat dan doa.

Bagaimanapun, jamuan selepas majlis dan penyediaan secara hidang tetap tidak dibenarkan,” katanya. FMT

Selangor benar 1,000 jemaah solat Jumaat di Masjid Negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker