Parlimen tak cukup korum memalukan

Parlimen tak cukup korum memalukan

Sidang Parlimen yang terpaksa dihentikan selama tujuh minit kerana tidak cukup korum adalah kejadian yang amat memalukan.

Lantaran itu, Datuk Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan apakah sebenarnya reformasi Parlimen.



”Apakah tambah jawatan Timbalan Speaker untuk pembangkang melalui pindaan perlembagaan adalah reformasi Parlimen?

”Bagaimana dengan budaya ahli Parlimen? Ia juga mesti berubah. Ia berkaitan tingkah laku. Kalau setakat perubahan struktur, itu reformasi kulit sahaja,” katanya sambil bertanya bilakah gejala ini akan berakhir.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkatak, tidak cukup korum sudah banyak kali berlaku.

“Apakah menteri sibuk. Bukankah Menteri ada ofis di Parlimen. Apakah bilik ofis tidak cukup kerana menteri ramai sangat?,” soal beliau.



Lantaran itu beliau mencadangkan elok ada peraturan mandatori untuk menteri semasa sidang Parlimen.

Mesyuarat mesti buat di Parlimen.

Manakala majlis rasmi kementerian diwakilkan kepada ketua setiausaha sahaja dan tiada aktiviti luar Kuala Lumpur kecuali lawatan bencana. MG

Parlimen tak cukup korum memalukan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker