EXCO Melaka bertutur bahasa Tamil curi tumpuan

Sebaran :

EXCO Melaka bertutur bahasa Tamil curi tumpuan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar mencuri tumpuan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini apabila berbahasa Tamil ketika sesi menjawab soalan lisan.

Latipah (BN-Taboh Naning) menggunakan bahasa Tamil ketika menjawab soalan G Saminathan (PH-Gadek) mengenai hal ehwal bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada hari ketiga sidang DUN.

“Kaalai vanakkam, naan ungalukku bathil alikkiren, Gadek Nandri YB (Yang Berhormat) Speaker, naan aravathu kelvikku bathil alikkiren,”
katanya yang menyebabkan dewan riuh seketika dengan tawa ahli yang hadir.

Timbalan Speaker DUN, Datuk Wira Ghazale Muhamad yang mempengerusikan persidangan, terpinga-pinga sebelum meminta Saminathan membantu menterjemahkannya kepada Bahasa Malaysia.

“Betul ke? (ucapan dalam bahasa Tamil). Saya tak faham ni. Minta Gadek tolong saya,” kata Ghazale.

Datuk Sofi Wahab (PH-Durian Tunggal) turut mencelah dan meminta Latipah menterjemahkan ucapan dalam bahasa Tamil itu.

Latipah kemudiannya menterjemahkan, “selamat pagi, saya ingin menjawab soalan daripada Gadek. Terima kasih YB Speaker, saya jawab soalan nombor enam,” katanya.

Ketika menjawab soalan berkenaan, Latipah berkata, JKM negeri sedang melakukan pemutihan terhadap senarai penerima bantuan bulanan dengan mengeluarkan surat mengenai kelayakan seseorang itu menerima bantuan atau sebaliknya.

Katanya, menjadi tanggungjawab JKM untuk memastikan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa diberikan perhatian.

“JKM setiap hari menerima banyak permohonan bantuan kebajikan dan kita mengambil sedikit masa untuk membuat siasatan terhadap pemohon.

“Kebanyakan permohonan sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk JKM menjalankan siasatan kerana setiap pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (JAPERUN) mempunyai seorang pegawai kebajikan yang akan membantu proses siasatan itu.

“Sebenarnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah hanya menghubungi pegawai kebajikan di peringkat DUN dan saya yakin mereka akan membantu sehabis baik,” katanya. BH

EXCO Melaka bertutur bahasa Tamil curi tumpuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply