Muhyiddin terajui MPN timbulkan keraguan besar – Kit Siang
Muhyiddin terajui MPN timbulkan keraguan besar – Kit Siang
Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mempunyai “keraguan besar” berkenaan Muhyiddin Yassin menerajui Majlis Pemulihan Negara (MPN) sekali lagi memandangkan bekas perdana menteri itu adalah individu yang bertanggungjawab “menyebabkan kekalahan kita dalam perang melawan wabak Covid-19”.
Dalam wawancara yang disiarkan di televisyen semalam, Muhyiddin berkata, dengan pelantikannya, beliau kini memiliki kuasa yang sama seperti ketika menjadi pengerusi MPN sebagai perdana menteri, dengan hanya perbelanjaan memerlukan kelulusan tambahan.
Kata Lim, semasa pentadbiran Muhyiddin selama 17 bulan, terdapat lebih 1.4 juta kes dan hampir 13,000 kematian berkait Covid-19.
“Semasa Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos 2020, kita berada di tempat ke-89 dari segi jumlah kes terkumpul berbanding negara lain di dunia.
“Sekiranya ada sekurang-kurangnya satu individu yang perlu bertanggungjawab mengenai perkara ini, dengan Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di dunia dalam melawan Covid-19, individu tersebut adalah Muhyiddin Yassin,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan hari ini.
“Kita sekarang dimaklumkan bahawa di bawah pentadbiran Muhyiddin, terdapat kejadian kurang lapor kematian akibat Covid-19 dan terdapat kes terkumpul (backlog) jenazah di hospital kerajaan yang menanti untuk dianalisis dan (bedah siasat).”
Beliau menyeru agar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan situasi kes terkumpul mayat di hospital seperti yang didakwa.
“Saya telah meminta menteri kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin, untuk membuat kenyataan menteri di Parlimen mengenai kedudukan sebenar kadar kematian akibat Covid-19 dan kematian sebelum tiba ke hospital (BID) tetapi seruan itu tidak diendahkan.
“Mengapa Khairy enggan memberikan penjelasan penuh mengenai kedudukan sebenar kematian akibat Covid-19 di negara kita ini?” FMT
Muhyiddin terajui MPN timbulkan keraguan besar – Kit Siang
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan
- Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib
- Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin
- Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes
- Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad
- Kini Nama Popularku Bella
- Polis nafi ketua balai minta main golf percuma
- Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]
- Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?
- Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
- Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind
Layari Laman Facebook MYKMU
Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya
You must be logged in to post a comment.