MPN ada kuasa penuh laksana dasar – Muhyiddin

MPN ada kuasa penuh laksana dasar – Muhyiddin

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi kuasa penuh kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk terus melaksanakan setiap dasarnya dalam usaha memulihkan negara susulan penularan Covid-19.

Pengerusi MPN, Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri juga bersetuju untuk setiap dasar dipersetujui MPN dilaksanakan terus.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri seminggu lepas untuk bincang apakah bidang autoriti MPN, adakah seperti dahulu, di mana dahulu saya Pengerusi MPN sebagai Perdana Menteri, sekarang saya Pengerusi MPN sebagai mantan Perdana Menteri, ada beza dari segi kuasa, autoriti dan sebagainya.

“…tapi baiknya Perdana Menteri kata buat macam dulu, maknanya kalau ada keputusan telah dibuat MPN, maka itu harus dilaksana terus terutamanya mengenai dasar kecuali ada kaitan dengan kewangan contoh nak keluar RM10 bilion atau RM100,000…yang ini tentu kena dibawa oleh pihak kerajaan dan Kabinet.

“Lain daripada itu skop diberi agak baik saya boleh buat keputusan segera,” katanya menerusi Agenda Awani malam ini.

Muhyiddin turut menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi MPN oleh kerajaan Ismail adalah tanggungjawab yang perlu dilaksana dengan baik. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

BERITA LANJUT MENYUSUL

MPN ada kuasa penuh laksana dasar – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker