Kerajaan akan umum senarai PPV untuk remaja esok

Kerajaan akan umum senarai PPV untuk remaja esok

Kerajaan akan mengumumkan senarai pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih buat remaja berusia 12 hingga 17 tahun esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Pada satu sidang media hari ini, dia berkata kerajaan menyasarkan 60 peratus remaja kategori umur itu divaksin dengan sekurang-kurangnya dos pertama pada November, dan 80 peratus menjelang Januari tahun hadapan, atau sebelum pembukaan tahun baru persekolahan.

“Kita akan gunakan beberapa kaedah pelaksanaan, pertamanya melalui jangkauan luar di sekolah … kita jadikan sekolah sebagai PPV sementara.

“Kedua, kita akan umumkan beberapa PPV sedia ada yang sedang beroperasi, untuk remaja dibenarkan untuk walk in (jumpa terus) ke PPV sedia ada … Kita akan umumkan senarai esok.

“Kedua, kita akan umumkan beberapa PPV sedia ada yang sedang beroperasi, untuk remaja dibenarkan walk in (jumpa terus) … Kita akan umumkan senarai esok,” katanya.

Dia membuat pengumuman itu selepas melawat SMK Putrajaya Presint 8(1) yang dijadikan PPV sementara untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kerajaan akan umum senarai PPV untuk remaja esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker