Projek Lembu Tenusu Chuping ‘harapan’ negara – Ismail
Projek Lembu Tenusu Chuping ‘harapan’ negara – Ismail
Pembangunan Projek Lembu Tenusu berskala besar di Chuping, Perlis dijangka mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia dan bakal menggalakkan pembangunan industri penghasilan susu segar domestik.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek itu juga meningkatkan tahap sara diri (SSL) negara dalam mengeluarkan susu cecair dan segar sekali gus mengurangkan defisit perdagangan makanan negara serta tekanan kos produk tenusu.
“Pembangunan projek ini membabitkan pelaburan sehingga RM4.5 bilion merangkumi penanaman makanan ternakan lembu tenusu, penghasilan dan pemprosesan susu segar, operasi pembungkusan serta pengedaran produk tenusu,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, tadi.
Perdana menteri berkata, beliau menyaksikan pemeteraian Perjanjian Usahasama (JVA) antara FGV Holdings Bhd, Baladna Food Industries W.L.L dan Touch Group Holdings Sdn Bhd bagi projek itu selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Sabtu lalu.
Ismail Sabri berkata, komitmen Malaysia untuk merealisasikan pembangunan projek ladang tenusu integrasi di negara ini adalah susulan daripada lawatan beliau ke Qatar pada Mac lalu. HM
Projek Lembu Tenusu Chuping ‘harapan’ negara – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’