Harga pakej umrah akan naik

Harga pakej umrah akan naik

Bakal jemaah umrah diminta bersedia dengan kenaikan harga pakej ibadah itu susulan penurunan kadar pertukaran ringgit berbanding riyal.

Presiden Persatuan Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, ketika ini harga tukaran adalah sekitar 1.27 – 1.30 berbanding 1.10 -1.15 sebelumnya.



Jelasnya, kenaikan kadar tukaran wang ini bukan sahaja melibatkan penambahan harga tiket penerbangan, malah harga penginapan dan kenderaan di Arab Saudi juga telah meningkat pada ketika ini.

Keadaan ini mengakibatkan harga pakej meningkat mencecah sehingga RM1,000 mengikut pakej yang ditawarkan oleh pengendali umrah masing-masing.

”Kami menganggarkan ketidaktentuan ini akan berlarutan sehingga musim Ramadan nanti. Justeru, kami menyarankan agar semua jemaah untuk bersedia dengan kenaikan harga pakej yang di luar kawalan syarikat pengendali umrah,” katanya di sini.

Selain itu, menurut beliau, ahli-ahli SAFTA juga enghadapi masalah yang sangat kritikal kekurangan tempat duduk penerbangan.



Jelasnya, masalah ini telah bermula sejak akhir bulan September 2022 yang lalu, namun menjadi lebih parah menjelang bulan Disember ini yang mana rata-rata bakal jemaah umrah memilih bulan Disember disebabkan cuti sekolah dan cuaca yang lebih sejuk di Arab Saudi.

Ketika ini dianggarkan industri umrah kekurangan 30,000 tempat duduk untuk bulan Disember sahaja.

“Justeru, kami memohon Kementerian terlibat untuk segera menggerakkan agensi masing-masing didalam mengarahkan pihak penerbangan untuk menambah bilangan pesawat dan memudahkan prosedur dengan membenarkan penerbangan carter untuk mendarat di KLIA.

”Langkah ini sangat penting agar tidak berlaku kekecohan apabila tibanya bulan Disember nanti,” ujar beliau. MG



Harga pakej umrah akan naik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker