Kalau Hujan Ni…Masak! Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung [VIDEO]

Kalau Hujan Ni…Masak! Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung [VIDEO]

BUSANA yang dipakai seorang gadis yang lengkap dengan turban direka begitu kreatif, ibarat menghadiri acara karpet merah.

Bukan di majlis fesyen, penampilannya tetap anggun menggayakan busana dengan perincian manik, berlatarkan binaan ikonik Terengganu iaitu Jambatan Angkat di Kuala Terengganu.

Namun cuaca mendung menimbulkan kebimbangan ramai, gara-gara busana yang diperbuat daripada kertas surat khabar itu dikhuatiri rosak dibasahi hujan.

Pereka busana unik itu merupakan kakak kepada model iaitu Attiya Balqist Asha’ari yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fesyen (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Lebih mesra disapa Attiya, katanya, busana tersebut mengambil masa empat hari untuk disiapkan, dilengkapi dengan turban dan beg ‘clutch’ yang boleh digunakan.

VIDEO DIBAWAH:-

Menurutnya, rekaan tersebut dihasilkan untuk Pertandingan Reka Fesyen 3R Dalam Talian ‘Waste Is Amazing Paper Couture’ bertemakan ‘Trash to Glam’ anjuran Alam Flora, sambil menambah dia menggunakan surat khabar lama seberat 6 kilogram (kg).

“Saya tak sangka video yang merakamkan adik sebagai model menggayakan busana rekaan saya itu menjadi viral selepas dia kongsi di akaun TikTok.

“Busana tersebut direka untuk pertandingan yang disertai saya dengan rekaan perlu menggunakan kertas seperti surat khabar,” katanya kepada mStar.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, busana yang direka berkonsepkan evening wear dan muslimah yang sering dipakai pada malam gala dan acara karpet merah.

“Bagi penampilan lebih mewah, saya padankan dengan turban berperincian manik, termasuk beg clutch yang boleh digunakan, diperbuat daripada kotak bungkusan cereal, beserta butang magnet.

“Rekaan baju ini mendapat inspirasi daripada gambaran seperti api menerusi lilitan pada badan, serta penggunaan warna merah dan oren,” katanya sambil menambah busana turut disertakan pelitup muka yang turut diperbuat daripada kertas surat khabar

Menurut anak kelahiran Kuala Terengganu itu, busana berkenaan mempunyai beberapa panel pada keseluruhan badan dengan lapisan kira-kira empat helai kertas surat khabar

“Pada sebahagian di dalamnya saya menggunakan lapisan kain bagi memudahkan jahitan untuk mencantum kesemua panel. Kalau jahit terus pada kertas nanti koyak.

“Kain digunakan untuk memudahkan pergerakan, menjaga ketahanan kertas selain memelihara sensitiviti kulit kerana surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Siapa sangka pelajar jurusan fesyen ini turut berpengalaman menyertai beberapa pertandingan seperti kostum sukan futuristik, inovasi rekaan beg wanita untuk umrah dan haji, pertandingan Road to Milan termasuk pertunjukan fesyen daripada barang terbuang.

Attiya yang pernah menghasilkan busana daripada plastik sampah berkata, bahagian paling mencabar untuk dihasilkan adalah lengan kerana jahitan di bahagian dalam memerlukan penelitian lebih rapi bagi mengelakkan kertas daripada koyak.

Tambahnya, busana yang membabitkan kos kurang daripada RM30 itu tidak boleh terkena hujan atau dibasahi air serta tidak boleh duduk kerana dikhuatiri kertas akan terlipat.

“Saya tahu ramai yang risau tengok adik saya peragakan baju tu ketika cuaca mendung. Sebenarnya masa tu baru selepas hujan,” jelasnya sambil menambah bahagian bahu baju diletak menggunakan gam esktra kuat.

Masih menyertai pertandingan berkenaan, Attiya yang turut berpengalaman sebagai jurusolek (MUA) dan pelukis inai membayangkan pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai selebriti yang paling sesuai menyarungkan busana mesra alam sekitar itu.

“Saya melihat Mira Filzah kerana penampilannya yang berhijab sesuai dengan konsep busana muslimah yang saya ketengahkan selain berbadan kecil. Itu sekadar gambaran saya,” katanya.-mSTAR

Kalau Hujan Ni…Masak! Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker