Zahid simpati pekerja kontrak piket tuntut kenaikan gaji RM30

Zahid simpati pekerja kontrak piket tuntut kenaikan gaji

Presiden UMNO bersimpati dengan nasib sekumpulan pekerja kontrak pembersihan hospital di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh terpaksa mengadakan piket untuk menuntut kenaikan gaji sebanyak RM30.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan sebanyak RM30 kenaikan oleh pekerja berkenaan tidak sepatutnya menjadi bebanan yang keterlaluan kepada pihak konsesi.

Kata beliau, isu kebajikan pekerja kontrak pembersihan hospital kerajaan pernah dibangkitkan pada Ogos 2018.

Namun, ketika itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menegaskan pekerja berkenaan bukan kakitangan kerajaan.

“Kerajaan PH kata pekerja terbabit bukan di bawah tanggungjawab kerajaan, sebaliknya di bawah tanggungjawab pihak pemegang konsesi kontrak perkhidmatan pembersihan.

“Bagaimanapun, situasi sekarang sudah berbeza, yang mana kontrak pembersihan hospital kerajaan itu telah diambil alih sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 1 Januari tahun lalu.

“Dengan itu, sebarang alasan pekerja kontrak pembersihan hospital bukan urusan kerajaan mungkin tidak lagi sesuai. Malah, walaupun bukan kakitangan kerajaan, tetap menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyatnya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal mengenai tindakan sekumpulan 40 pekerja kontrak pembersihan hospital di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh, mengadakan piket di luar kemudahan psikiatri itu dengan beberapa tuntutan, termasuk kenaikan gaji secara saksama sebanyak RM30.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia, M Sarasvathy dilaporkan berkata, masalah itu timbul setelah kontrak pembersihan hospital kerajaan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis diambil alih oleh Edgenta UEMS – anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) UEM Edgenta pada 1 Januari tahun lalu.

Untuk rekod, UEM Edgenta adalah anak syarikat GLC UEM Group dimiliki sepenuhnya syarikat subsidiari Khazanah Nasional Berhad sejak 2001.

Kata Ahmad Zahid, beliau percaya kerajaan baharu Keluarga Malaysia tidak akan mengabaikan nasib mereka dan membantu untuk mendapatkan situasi menang-menang.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, jangan sesekali terlupa para pekerja kontrak pembersihan hospital kerajaan mahupun swasta juga “frontliners” negara. MG

Zahid simpati pekerja kontrak piket tuntut kenaikan gaji RM30


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker