Vaksinasi : COVID Tidak Pilih Pekerja Asing Atau Malaysia – Najib

Vaksinasi : COVID Tidak Pilih Pekerja Asing Atau Malaysia – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan ketidakpuasan hati aktivis berhubung cadangannya sebelum ini mengenai vaksinasi pekerja asing adalah tidak tepat.

Baginya aktivis yang kurang senang hati perlu faham bahawa COVID tak pilih pekerja asing atau warga Malaysia untuk berjangkit selagi COVID menular dalam mana-mana komuniti, Malaysia juga tidak akan selamat.

“Ada aktivis yang kurang senang hati dengan cadangan saya bahawa tempoh amnesty 4 bulan diberi kepada semua pekerja asing untuk menerima dua dos vaksin dan selepas tempoh 4 bulan, mereka yang belum menepati syarat itu akan dihantar balik manakala majikan yang tetap mengupah pekerja yang belum divaksin akan dihukum penjara mandatori.

“Aktivis kata saya sengaja mangsakan pekerja asing. Manakala Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berpendapat bahawa cadangan saya adalah munasabah sebab majikan ada tanggung jawab bawah undang-undang untuk memastikan keselamatan kesihatan pekerja-pekerja mereka.

“Di bawah undang-undang juga, Malaysia ada hak untuk menetapkan syarat bagi warga asing yang ingin kerja di Malaysia termasuk memastikan mereka telah divaksin dengan dua dos,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah beliau lagi aktivis perlu faham bahawa cadanganya ialah untuk menjaga keselamatan semua pihak – pekerja asing, majikan dan masyarakat umum Malaysia.

Vaksinasi : COVID Tidak Pilih Pekerja Asing Atau Malaysia – Najib


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker